Showing posts with label RECIPE BOOK. Show all posts
Showing posts with label RECIPE BOOK. Show all posts

Tuesday 7 June 2016

BISKUT ALMOND LANDON

BAHAN (150 BIJI )

250g mentega @ butter cup
125g gula halus ( gula kastor )
1 biji telur
200g tepung jagung }
200g tepung gandum }
1 sudu besar tepung beras }
1 sudu teh baking powder } - ayak bersama

200g kacang badam, digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g coklat compound

CARA

1. Pukul bahan mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pikul lagi.
2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata
3. Bentuk doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telahdilenserkan sedikit mentega.
5. Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit
6. Cairkan coklat dengan kaedah double-boiler . Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan. 7. Taburkan badam cincang di  atasnya. Biarkan ia kering Siap disimpan


Friday 3 June 2016

RESEPI LAMB CHOP





Untuk daging 

1. Cuci bersih. Tos.

2. Perap ngn sos black pepper(sy guna cap puteri)

3. letakkan Olive oil 2-3 sudu.

4. Dan masukkan lada hitam.


5. Gaul-gaul rata. wrap dengan plastik. Simpan dalam peti ais.

6. pastu korang oleh buat coslow and kuah nye plak sementara tunggu daging 

7. Bakar dalam magic pan jer

8. jangan garing2. Biar basah2 dan juicy





bahan untuk coleslaw:

1. Kobis bulat
2. Bwg bsr
3. Karet
4. Mayonis
5. Susu

Potong nipis2 dan gaulkan  semua , dan letak dalam peti sejuk




Bahan2 kuah black pepper mushroom:

1. Butter 2sdb
2. Bwg putih( org pki bwg merah.tp sy suka bwg putih)
3. Tpg gandum 2sdb
4. Kicap 1sdb
5. Mushroom tin / fresh
6. Susu fullkrimm/fresh atau cream
7. Lada hitam
8. Half kiub pati ayam
9. Sedikit garam



Cara2 buah kuah : 

1. Cair butter. masak bawang dadu.

2. Bawang dah perang. Masuk tepung. Kacau jap

3. Masukkan air 2 cawan. Pastu Black pepper (ikut suka banyak mana, 3 sudu pun ok)

4. Masak mushroom dan kicap

5. Masuk 1/2 cawan susu. Kacau rata.

6. Masuk kiub pati ayam dan garam


7. Dah mendidih. Rasa. Alter la apa yang x cukup. Kalau x pekat boleh tambah tepung. tapi bancuh dulu dengan air.

8. dah rasa oke , siap la tu .....

JAPANESE SOFT CHEESECAKE

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk
Bahan-bahan B:
60g tepung kek
20g tepung jagung
*gaulkan sekali
Bahan-bahan C:
5 biji telur kuning
¼ tsp garam
Bahan-bahan D
5 biji telur putih
¼ tsp cream of tartar
120g gula halus
Cara Penyediaan:
Cairkan bahan A menggunakan double boiler, kacau hingga sebati.
Biarkan sejuk sedikit, masukkan bahan B & C dan kacau hinggan sebati.
Pastikan aduan cheese tadi tak terlalu panas, kalau panas sangat nanti telur kuning tu termasak pulak.
Pukul telur putih bersama cream of tar tar dan masukkan gula sedikit demi sedikit sampai jadi foamy atau meringue. nak make sure adunan dah ok, terbalikkan bekas, kalo tak melimpah kiranya dah perfect.
Masukkan adunan telur putih tadi kedalam adunan cheese sedikit demi seikit, gaul hingga sebati. Tuangkan kedalam loyang kek.
Bakarkan cheese cake dengan menggunakan water bath pada suhu 160C untuk 15 minit, kurangkan suhu kepada 150C and bakar untuk 45 minit.
Turunkan suhu kepada 140C and bakar sehingga atas kek jadi golden brown and, cucuk tengah kek untuk pastikan tengah kek masak atau tidak. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.





Friday 24 April 2015

resepi kek choklat lembab / kukus


RESEPI

Bahan-bahan A

* 1 cawan gula pasir - 3/4 cwn pun dah cukup
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair - susu segar pun boleh
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil serbuk nescafe
** Semua bahan A digaul sebati dan dimasak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan-bahan B

* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda Bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) Baking Powder

Bahan-bahan C

* 4 biji Telur - diblender or pukul hingga kembang

CARA-CARA
1. Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.
2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yg digris & lapik dgn kertas minyak.
3. Kukus 1 jam or hingga masak.
JANGAN BUKA PENGUKUS SEMASA PROSES KUKUS 45 YG PERTAMA ... takot kek mendap.




TOPPING COKLAT

* 250g coklat masakan - potong kecik2 ya
* 1 sudu besar butter
* 130 ml Double Cream or Whipping Cream
* 1 sudu makan susu pekat (tak letak pon tak apa...utk manis jee)

** Cairkan coklat secara Double Boiler. Alih dari api & masukkan butter,susu & cream & kacau sebati. pastu , tuang kat kek tadi ....








cakap macam pandai masak sgt jer kan .... saje jer , just teringat time zaman sekolah dulu pernah buat kek nieh at mr.L yang aja aku wat kek nie akk aku .... bile dh teror sikit , konon2 buat r utk dia .... nasib baik jadi ...... 

time habis matrik , beli kek kat lua , dye xnk mkn sgt pon , pastu dia ckp " baik awk buat kek dri beli , lg sedap " aikkkkkkk ...... bangga sikit ..... kha3 .....